X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Tanah Perkuburan Islam Forest Heights ditutup

Pengumuman mengenai penutupan tanah perkuburan Islam Forest Heights.
A
A

SEREMBAN - Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang di sini ditutup serta-merta dan semua aktiviti pengebumian jenazah akan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban.

Menurut Jurucakap Majlis Bandaraya Seremban (MBS), penutupan itu dilakukan berikutan tapak perkuburan sedia ada sudah penuh dan mungkin akan mengambil masa sehingga projek tapak baharu yang terletak bersebelahan siap sepenuhnya.

"Kita mempunyai kawasan perkuburan yang baharu dan masih kosong namun belum boleh beroperasi. Apabila siap nanti, ia akan dibuka bagi urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, buat sementara ini, semua urusan pengebumian jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban mulai Jumaat.

Sementara itu ditanya mengenai isu tular terdapat cecair keluar dari kawasan tanah perkuburan di situ, beliau berkata. perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/ Melaka.

"Setakat ini cecair berkenaan bukan darah seperti yang tular di media sosial," katanya.

Sinar Harian difahamkan, tanah Perkuburan Islam Forest Heights antara lokasi utama di daerah ini bagi urusan pengebumian jenazah yang disediakan MBS diurus secara sistematik dan profesional.

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook apabila ramai pelayarnya tertanya-tanya berhubung situasi sebenar di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights susulan terdapat cecair yang mengalir sama ada darah atau sebaliknya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!