Perhilitan pindah 'Limah' dan 'Liah'

Gajah liar' yang diberi nama Limah ditangkap pada Selasa dibawa menaiki lori untuk dipindahkan ke Taman Negara Endau Rompin, Johor pada Sabtu.
Gajah liar' yang diberi nama Limah ditangkap pada Selasa dibawa menaiki lori untuk dipindahkan ke Taman Negara Endau Rompin, Johor pada Sabtu.
A
A
A

MERSING - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memindahkan dua ekor gajah liar betina yang ditangkap di Felda Tenggaroh ke Taman Negara Endau Rompin di sini pada Sabtu.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi pemindahan gajah yang diberi nama Limah dan Liah itu dilakukan pada jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang dibantu dua gajah denak dari Pahang iaitu 'Alam' dan 'Kasturi'.

"Kedua-dua ekor gajah itu ditangkap Selasa lalu susulan aduan penduduk sekitar Felda Tenggaroh.

Limah dan Liah sebelum ini menimbulkan masalah di kebun sawit sehingga menyebabkan peneroka di Felda Tenggaroh menanggung kerugian.

"Kedua-dua gajah itu berumur anggaran 25 dan 15 tahun. Kita percaya gajah ini daripada populasi kumpulan ID Jemaluang yang dianggarkan ada dalam 40 ekor," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Katanya, Limah dan Liah dipercayai tersesat di Felda Tenggaroh dan Perhilitan terpaksa memindahkan kedua-duanya.

Jelasnya, pemindahan gajah merupakan langkah terakhir kerana kumpulan gajah itu dipasang kolar. Apabila mendekati kawasan kampung akan dihalau tetapi Limah dan Liah terpisah daripada kumpulannya.

"Proses pemindahan mengambil masa kerana kerana gajah denak perlu berehat sehari sebelum proses pemindahan dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Wilayah Felda Plantation Management Wilayah Johor Bahru, John Asrol Mohamad berkata, serangan gajah di kebun kelapa sawit mengakibatkan ramai peneroka kehilangan sumber pendapatan.

Katanya, usaha Perhilitan memindahkan mamalia tersebut langkah tepat demi kelangsungan warga peneroka dan itu merupakan tangkapan kali ketiga bagi tahun ini melibatkan kawasan Felda.

"Setakat ini kerugian dialami peneroka besar tambahan pula harga sawit sekarang tinggi dengan kadar RM1,000 bagi satu tan," katanya.