X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

PKPD di Kampung Bambangan, Sabah

Kampung Bambangan, Telupid, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 27 September hingga 10 Oktober ini. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Kampung Bambangan, Telupid, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 27 September hingga 10 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, ia setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

“Selain itu, enam lokaliti ditamatkan PKPD pada 26 September ini melibatkan negeri Sabah dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, lokaliti tersebut ialah Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Mukim Bebar, Pekan, Pahang serta Taman Semarak Megah, Tawau, Sabah.

"Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd, Segama, Lahad Datu dan Kampung Dumpuring Bawah, Ranau juga ditamatkan PKPD," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, di Kelantan pula melibatkan dua lokaliti di Mukim Pengkalan Kubur, Tumpat iaitu Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!