X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Covid-19: Hanya lima kes libat jangkitan paru-paru di Sarawak

Hanya lima daripada 2,712 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan kes dengan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Foto 123RF
A
A

KUCHING - Hanya lima daripada 2,712 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan kes dengan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, baki 2,707 kes lagi sama ada tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, yang menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 196,146.

Selain itu, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan iaitu lapan kes dicatatkan antara 17 hingga 23 September, manakala dua kes lagi direkodkan pada 24 September (Jumaat) sekali gus menjadikan angka kematian keseluruhan meningkat kepada 749 orang.

Menurut jawatankuasa itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar pada Sabtu iaitu Kluster Julin Dabai yang melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Sungai Dabai, Marudi.

“Daripada 84 individu yang disaring, seramai 70 orang didapati positif termasuk kes indeks, manakala 14 individu didapati negatif setakat ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!