41 kawasan di Gombak berdepan gangguan bekalan air

Keadaan paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Gombak. Foto: Ihsan Air Selangor
Keadaan paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Gombak. Foto: Ihsan Air Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 kawasan di wilayah Gombak berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah berhampiran jejambat Ampang Point, Jalan Ampang, di sini, pada Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook berkata, bekalan air terpaksa ditutup sekitar jam 12 tengah hari tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pecah berkenaan berjalan lancar.

Katanya, kerja pembaikan paip itu dijangka siap sepenuhnya pada hari Ahad jam 12 tengah hari.

"Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada hari Isnin jam 12 tengah hari," katanya.

Lokasi kawasan yang terjejas dan berdepan gangguan bekalan air. Foto: Ihsan Air Selangor
Lokasi kawasan yang terjejas dan berdepan gangguan bekalan air. Foto: Ihsan Air Selangor

Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, pihaknya juga akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

Tambahnya, pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sewaktu mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki yang disediakan.

"Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300," katanya.

Artikel Berkaitan: