China: Projek laluan kapal muatan 250,000 tan dapat kelulusan

Projek laluan kapal dengan kapasiti muatan 250,000 tan di Kawasan Jingtang, Pelabuhan Tangshan yang pertama seumpamanya di Provinsi Hebei telah pun mendapat kelulusan. - Foto fail Xinhua
Projek laluan kapal dengan kapasiti muatan 250,000 tan di Kawasan Jingtang, Pelabuhan Tangshan yang pertama seumpamanya di Provinsi Hebei telah pun mendapat kelulusan. - Foto fail Xinhua
A
A
A
BEIJING - Projek laluan kapal dengan kapasiti muatan 250,000 tan di Kawasan Jingtang, Pelabuhan Tangshan yang pertama seumpamanya di Provinsi Hebei telah pun mendapat kelulusan.

Kelulusan itu membolehkan kapasiti pelabuhan Kawasan Pelabuhan Jingtang melonjak ke tahap baharu dan menjadi pelabuhan pesisir pantai kedua terbesar dunia dengan jumlah pemunggahan dan pemuatan tahunan melebihi 700 juta tan.

Difahamkan, pembinaan projek itu dimulakan pada Disember 2017 dengan menelan kos RMB1.69 bilion yuan (RM1.06 bilion).

Laluan itu memenuhi keperluan pelayaran sehala kapal kargo, di samping meningkatkan keselamatan pengangkutan dan pelayaran kapal di kawasan pelabuhan.

Projek tersebut merupakan kejayaan besar dalam bidang teknologi pembinaan pelabuhan di negara ini.- Bernama
Artikel Berkaitan: