X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Ibu, anak terselamat rumah kongsi terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah kongsi di Kampung Bukit Betong Kuala Lipis pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
A
A

LIPIS - Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak terselamat dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Betong dekat Kuala Lipis di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.22 tengah hari itu, Ismail Ahmad, 33, warga Indonesia berada di luar kerana bekerja manakala isterinya, seorang warga Thailand berusia 29 tahun bersama seorang anak perempuan mereka berusia dua tahun berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah itu musnah dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Penolong Penguasa Bomba Haslizan Ismail memberitahu, kejadian melibatkan sebuah rumah separuh kekal.

Menurutnya, seramai 12 anggota termasuk lima pegawai bomba bantuan dan seorang pegawai dari BBP Kuala Lipis dan Sungai Koyan bersama tiga jentera ke lokasi kejadian.

"Sampai di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran di rumah kongsi terbabit dengan kemusnahan 100 peratus.

"Turut terbakar sebuah motosikal dan kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos dan dua aliran gelung hos daripada tangki pam jentera.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!