X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

'Hanya cadangan peribadi'

Acryl Sani Abdullah Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya memperbaharui syarat khas untuk warga emas yang mahu mengambil lesen memandu merupakan cadangan peribadi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Azisman mengeluarkan cadangan berkenaan pada 24 September lalu di peringkat dalaman JSPT sahaja dan belum lagi dibincangkan secara mendalam.

"JSPT sebagai jabatan dalam PDRM yang memastikan keselamatan jalan raya sentiasa melihat kaedah meningkatkan perkara itu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, sebarang pengenalan kaedah keselamatan baharu hanya akan dilaksana setelah menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh semua pihak berkepentingan.

Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menyaran kerajaan memperkenalkan syarat khas kepada warga emas sebelum mereka dibenarkan memperbaharui lesen memandu.

Langkah tersebut perlu diambil untuk menjaga keselamatan golongan itu termasuk pengguna jalan raya yang lain.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!