Kes baharu Covid-19 rekod 13,899, Sarawak kekal tertinggi

Kes baharu Covid-19 hari ini kembali menurun dengan 13,899 berbanding 14,554 kes untuk tempoh yang sama, semalam.
Kes baharu Covid-19 hari ini kembali menurun dengan 13,899 berbanding 14,554 kes untuk tempoh yang sama, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM- [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di negara ini setakat petang Sabtu kembali menurun kepada 13,899 berbanding 14,554 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook beliau pada Sabtu memaklumkan perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,185,131 kes.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,712 kes, diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170), Perak (1,128) dan Pulau Pinang (1,060).

Menurut beliau, negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes Covid-19 pula ialah Sabah dengan 962 kes, Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).

“Selain itu, Putrajaya mencatatkan 37 kes manakala Perlis (17) dan Labuan (5),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di seluruh negara setakat jam 5 petang Jumaat berada pada kadar 60 peratus dengan Kelantan merekodkan penggunaan tertinggi iaitu 95 peratus, diikuti Sarawak (79 peratus) dan Perlis (76 peratus).

Bagi katil ICU pula, beliau memaklumkan, kadar penggunaannya sebanyak 70 peratus dengan Pulau Pinang memiliki penggunaan tertinggi iaitu 96 peratus, disusuli Sarawak (92 peratus), Selangor (84 peratus), Perak (83 peratus) dan Kelantan (79 peratus).

Beliau turut berkongsi kadar vaksinasi lengkap Covid-19 rakyat Malaysia setakat Jumaat mencecah 59.2 peratus dengan individu yang baharu menerima satu dos vaksin sebanyak 69.2 peratus.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai kadar vaksinasi dewasa tertinggi iaitu 108.7 peratus, diikuti Labuan (98.2 peratus), Negeri Sembilan (96 peratus), Sarawak (89.3 peratus), Perlis (88 peratus) dan Melaka (83.8 peratus).

Katanya, di Terengganu pula kadar vaksinasi dewasa mencatatkan (81.5 peratus), Pulau Pinang (78.2 peratus), Johor (75.3 peratus), Kedah (67 peratus), Pahang (66.6 peratus), Perak (66.3 peratus), Kelantan (64.4 peratus) dan Sabah (57.8 peratus).

Sehingga 25 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,899 kes (2,185,131 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,341 (670,592)

Sarawak - 2,712 (196,146)

Sabah - 962 (193,186)

Johor - 1,377 (189,315)

WPKL - 310 (184,832)

Kedah - 708 (130,950)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021