Hurkacz akui berdepan kesukaran singkir Murray

Hurkacz
Hurkacz
A
A
A

PEMAIN Poland, Hubert Hurkacz mengakui berdepan kesukaran sebelum menewaskan bekas pemain nombor satu dunia dan juara Grand Slam sebanyak tiga kali, Andy Murray 7-6 (7-4) 6-3 pada aksi suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Moselle di Metz, pada Sabtu.

Menurutnya, dia berdepan kesukaran pada peringkat awal sebelum berjaya mengimbangi rentak yang dipamerkan Murray dan seterusnya memenangi pertemuan berkenaan.

Hurkacz, pemain ranking ke-13 dunia ketika ini, berazam untuk terus memberikan aksi terbaik pada aksi separuh akhir kejohanan berkenaan bagi mengesahkan slot ke final kelak.

“Saya bangga kerana berjaya menewaskan Murray dan berharap momentum kemenangan ini akan berterusan sehinggalah ke pentas final kelak.

“Kini saya cuba memberikan fokus dan memberikan aksi yang terbaik bagi aksi separuh akhir pula,” katanya.

Kemenangan berkenaan menyaksikan ranking Hurkacz mara ke separuh akhir bagi menempah pertemuan dengan pemain Jerman, Peter Gojowzyk yang menewaskan Marcos Giron, 3-6, 6-1, 6-3, pada Jumaat.

Mengulas mengenai pertemuan berkenaan, Hurkacz berkata, dia kagum dengan aksi yang dipamerkan oleh pemain dari Great Britain itu.

Katanya, Murray seorang pemain tenis yang hebat dan mengkagumkan berikutan telah banyak mengecapi kejayaan sehingga pernah bergelar pemain nombor satu dunia, sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi kini difahamkan, dia baru sahaja pulih daripada kecederaan. Namun berdasarkan aksinya, kita semua dapat menyaksikan aksinya yang cukup hebat kali ini.

“Malah, aksinya itu turut memberikan inspirasi buat saya untuk terus beraksi cemerlang pada kejohanan kali ini,” katanya.