Isu MBI Kedah: SPRM akan siasat jika ada unsur kesalahan

Gambar dari kiri: Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, Muhammad Sanusi Md Nor
Gambar dari kiri: Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

SUNGAI PETANI - Siasatan berhubung pemindahan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) akan dilakukan sekiranya didapati wujud unsur kesalahan atau undang-undang berkaitan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, siasatan akan dimulakan andai pihaknya mengenal pasti ada unsur-unsur kesalahan membabitkan Akta SPRM.

Menurutnya, setakat ini, siasatan rasmi masih belum dimulakan namun telah meneliti dokumen berkaitan.

"Siasatan rasmi belum dibuat setakat ini. Kami akan mulakan siasatan jika ada unsur kesalahan bawah Akta SPRM atau undang-undang berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Selasa lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat pendedahan bahawa terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke dalam akaun bank di luar negara, yang berpangkalan di Kanada.

Muhammad Sanusi mendakwa transaksi itu berlaku ketika Kedah diterajui bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau mendakwa masih menyimpan slip bank berkaitan perkara itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan pemilik akaun tersebut dan tujuan transaksi wang tersebut ke luar negara.

Artikel Berkaitan:

Shaharom Nizam pada Khamis memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Muhammad Sanusi bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan melakukan penelitian awal berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanusi dedah wang MBI Kedah RM13 juta dipindah ke akaun luar negara

SPRM jumpa MB Kedah isu pindah wang RM13 juta