Komuniti farmasi nadi jayakan PICK: Khairy

Khairy dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2021 Peringkat Program Perkhidmatan Farmasi secara dalam talian pada Jumaat.
Khairy dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2021 Peringkat Program Perkhidmatan Farmasi secara dalam talian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Komuniti farmasi merupakan nadi penting dalam membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK Remaja yang bermula dengan penilaian ke atas vaksin sehingga kepada pemantauan dan pelaporan ‘adverse events following immunization’ (AEFI).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peranan farmasi juga dilihat dalam pembekalan kelengkapan perlindungan diri seperti pelitup muka, sanitasi tangan, kit ujian kendiri Covid-19 dan lain-lain peralatan bagi mencegah Covid-19.

“KKM perlu memastikan sistem kesihatan sedia ada terus ditambah baik termasuk menerusi kerjasama dengan sektor swasta bagi memastikan masyarakat mempunyai akses berterusan kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu diperoleh.

“Saya berharap perkhidmatan farmasi terus berkembang maju demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2021 Peringkat Program Perkhidmatan Farmasi secara dalam talian pada Jumaat.

Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun bagi menghargai sumbangan dan jasa semua ahli farmasi termasuk sektor awam serta swasta.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerjaya farmasi berkembang pesat sama ada dalam sektor awam dan swasta menerusi sektor penjagaan kesihatan, perubatan tradisional, akademik serta penyelidikan.

“Dalam hal ini sebagai tulang belakang kepada sistem kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, dan pegawai-pegawai farmasi memainkan peranan paling ke hadapan bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat dikawal dan tahap kesihatan awam serta rakyat terus dipelihara.

“Selari dengan tema Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2021 iaitu ‘Pharmacy: Always Trusted for Your Health’, ahli farmasi membuktikan bahawa mereka adalah pakar dan sumber rujukan bagi maklumat ubat-ubatan bukan sahaja kepada pesakit malah kepada pasukan profesional penjagaan kesihatan yang lain,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: