Guardiola nafi City sedia berbelanja besar dapatkan Mbappe

Mbappe - Foto gettyimages
Mbappe - Foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menafikan laporan berita yang menyatakan skuad The Citizens itu bersedia untuk membawa bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe ke Etihad tanpa mengira jumpa kos yang diperlukan.

Menurut Guardiola, City sudah pasti tidak akan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan Mbappe selain percaya pemain berkenaan tidak akan sesekali dilepaskan PSG.

“Perkara itu (perpindahan Mbappe), tidak akan berlaku. Saya pun tidak tahu dan tidak faham bagaimana berita seperti itu boleh timbul dan kemudian diperbesar-besarkan,” katanya.

“Orang ramai seharusnya perlu menghormati PSG dan menghormati City, terutamanya pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan serta tidak melaporkan perkara-perkara sensasi seperti ini,” katanya.

Menurut khabar angin, City diberitakan bakal berbelanja besar bagi membawa Mbape ke Etihad sekali gus memenangi perebutan dengan Real Madrid yang turut berhasrat membawanya ke Santiago Bernabeu.

Malah, pemilik City, Sheikh Mansour turut memberikan kebenaran kepada Pengarah Sukan City, Txiki Begiristan untuk menandatangani Mbappe dengan tanpa mengira jumlah yang dituntut oleh PSG.

Sementara itu, Guardiola berkata, City juga tidak akan sesekali melakukan pertukaran pemain sedia ada bagi membawa masuk Mbappe ke Etihad.

Katanya, kesebelasan yang dimiliki City ketika ini sudah cukup memadai bagi mengharungi saingan musim ini.

Artikel Berkaitan:

“City juga tidak akan melakukan pertukaran pemain bagi mendapatkan Mbappe. Perkara itu tidak akan berlaku.

“Misalnya dengan membuat pertukaran pemain City, Raheem (Sterling) mahu pun pemain-pemain lain. Ia sama sekali tidak akan berlaku,” katanya.