4 pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat

Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar. - Foto ihsan JBPM Perak
Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar. - Foto ihsan JBPM Perak
A
A
A

GERIK - Empat pekerja pembersihan kawasan menara Telekom Malaysia Berhad (TM) di Banjaran Titiwangsa dekat sini, yang tersesat malam tadi, berjaya turun dengan selamat pagi ini.

Kesemua mereka berjaya turun sendiri ke tepi jalan besar, kira-kira jam 9 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat pada jam 10.53 malam tadi mengenai empat pekerja itu.

Mereka dikatakan tersesat ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Katanya, mangsa berjaya dihubungi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dengan bantuan anggota dari BBP Pengkalan Hulu memulakan operasi untuk menyelamatkan mereka.

“Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka juga berada dalam keadaan selamat. - Awani

Artikel Berkaitan: