X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Empat individu dikesan positif Covid-19 dilarang ke Langkawi

Pelancong yang menaiki feri dari Terminal Feri Kuala Kedah diwajibkan menjalani Ujian Pengesanan Covid-19 ([email protected]) sebelum berlepas ke Langkawi.- Foto fail Bernama
A
A

SUNGAI PETANI- [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri antara empat individu tidak dibenarkan menyertai gelembung pelancongan Pulau Langkawi berikutan ujian pengesanan mendapati mereka positif Covid-19.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, disebabkan itu, kesemua mereka yang berada di Terminal Feri Kuala Kedah ketika itu, tidak dibenarkan menaiki feri berkenaan.

Menurutnya, pasangan suami isteri berusia 30 tahun, seorang lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 40-an dilaporkan berada di jeti berkenaan kira-kira jam 1.30 pada Jumaat.

"Ujian saringan kendiri yang dilakukan menunjukkan mereka positif Covid-19 dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Kamarul Zaman berkata, mereka bukan terdiri daripada kumpulan yang sama namun hadir ke jeti terbabit untuk ke Langkawi.

Katanya, pemeriksaan dibuat petugas kesihatan bagi memastikan ahli keluarga atau rakan lain sekiranya turut bersama mereka.

"Kita bimbang jika ada kontak rapat, jadi kita minta KKM untuk kesan mereka,"katanya.

Pengumuman kerajaan mengenai projek rintis gelembung pelancongan Pulau Langkawi yang bermula 16 September lalu telah memberi peluang rakyat negara ini bercuti setelah lama 'berkurung' akibat sekatan pergerakan berikutan penularan Covid-19.

Setiap pelancong bagaimanapun perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memasuki pulau berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!