Orang asli tidak tolak vaksin: KP Jakoa

Kelihatan penerima suntikan daripada masyarakat orang asli sedang menunggu giliran untuk diberi vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Kampung Orang Asli Simpang Arang, pagi Sabtu.
Kelihatan penerima suntikan daripada masyarakat orang asli sedang menunggu giliran untuk diberi vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Kampung Orang Asli Simpang Arang, pagi Sabtu.
A
A
A

GELANG PATAH - Masyarakat orang asli di negara ini tidak mempunyai masalah untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana kebanyakan daripada mereka memberi kerjasama baik.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd Nor berkata, usaha itu boleh dicapai berdasarkan pendekatan yang mahu digunakan kerana masyarakat ini kurang interaksi dan pendedahan luas mengenai vaksinasi.

“Kebanyakan daripada mereka ini tiada masalah untuk divaksinasi, malah sambutan diterima adalah menggalakkan. Cuma cara bagaimana kita beri pendedahan itu penting kerana mereka ini perlu perkara itu.

“Setakat ini tidak berdepan dengan isu anti vaksin atau sebagainya, cuma saya boleh katakan segelintir menolak itu ada,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja di Kampung Orang Asli Simpang Arang di sini, pada Sabtu.

Sapiah berkata, kebanyakan isu yang mengakibatkan penolakan vaksin oleh masyarakat ini adalah ketakutan disebabkan penerimaan info tidak tepat daripada sumber yang salah.

“Tidak dinafikan memang ada segelintir orang asli yang tidak mahu divaksin, tetapi itu bukan disebabkan mereka anti vaksin. Mereka cuma bimbang kerana tidak mendapat pendedahan.

“Contohnya, mereka dengar ambil vaksin menyebabkan kematian, tetapi bila lihat orang sekeliling tiada masalah, mereka datang untuk vaksin malah selepas itu ada yang teruja,” katanya.

Artikel Berkaitan: