X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Bot karam: Mangsa terakhir ditemui tersangkut di tebing sungai

Mayat mangsa terakhir ditemukan orang awam sebelum dibawa naik ke tebing untuk dihantar ke Hospital Beaufort.
A
A

TENOM - Mangsa terakhir bot karam ditemukan pada awal pagi Sabtu selepas empat hari hilang dibawa arus dalam kejadian di Sungai Kampung Kalandos, Pangi di sini.

Mayat mangsa, Joseph Sayah, 55, ditemukan oleh orang awam pada jam 7.52 pagi di Kampung Saliwangan Batu 64, Beaufort iaitu kira-kira lebih 33 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari keempat.

"Pihak bomba kemudian menerima maklumat daripada penduduk kampung terdapat satu mayat lelaki dewasa ditemukan dalam keadaan tersangkut pada di tepi sungai kampung berkenaan.

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Anggota bomba dikejar ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pengecaman turut dibuat oleh ahli keluarga di unit forensik Hospital Beaufort.

"Operasi SAR kedua-dua mangsa ditamatkan pada jam 8.55 pagi," katanya.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di Batu 60, Beaufort.

Kedua-dua mangsa hanyut dibawa arus selepas bot yang mereka naiki bersama dua lagi mangsa yang terselamat karam di sungai berkenaan.

Mereka difahamkan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di Pekan Tenom dengan menaiki bot.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!