Petugas kemanusiaan GPM tiba di Kabul, Afghanistan

Ketibaan delegasi kemanusiaan Malaysia disambut rakan strategik GPM di lapangan, Abdur Raheem Ghafari. - Foto GPM
Ketibaan delegasi kemanusiaan Malaysia disambut rakan strategik GPM di lapangan, Abdur Raheem Ghafari. - Foto GPM
A
A
A

KUMPULAN pertama petugas kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah selamat tiba di Kabul, Afghanistan lewat petang Jumaat.

Ketibaan enam orang petugas yang diketuai oleh Azlan Muhammad Sharif tersebut disambut oleh wakil GPM di lapangan, Abdur Raheem Ghafari di samping Pengarah Bahagian Ketibaan Tetamu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Muhammad.

Terdahulu, Chargé d'affaires Malaysia di Pakistan, Deddy Faisal Ahmad Saleh sempat meluangkan bertemu dan menghantar pergi para petugas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.

Objektif utama GPM bagi misi yang turut disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) pada kali ini adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terkesan dengan situasi yang tidak stabil di negara itu ekoran kejayaan Taliban menguasai pemerintahan Afghanistan pada 15 Ogos yang lalu.

Di samping itu GPM juga akan turut melaksanakan penilaian keperluan bantuan-bantuan lain untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui platform dalam talian di pautan www.peduliafghanistan.com atau melalui pindahan wang ke akaun Maybank, Global Peace Mission: 564221611602 dengan rujukan sumbangan PeduliAfghanistan. - Awani

Artikel Berkaitan: