Manchester City ujian sebenar Chelsea

Thomas Tuchel - Foto AFP
Thomas Tuchel - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea,Thomas Tuchel menegaskan The Blues perlu berada pada tahap terbaik apabila melayan kunjungan penyandang juara Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge.

Malah menurut Tuchel, keputusan positif dalam perlawanan menentang anak buah Pep Guardiola itu juga penting dalam menjarakkan kedudukan dengan pesaing terdekat pada ketika ini.

Ketika ini Chelsea berada di kedudukan teratas liga dengan 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan, tiga mata di depan skuad Guardiola yang berada di kedudukan kelima.

Bagaimanapun, Tuchel yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah The Blues ketika berdepan Manchester City selepas mengambil alih daripada Frank Lampard, tidak mahu pemain Chelsea menjadikan kejayaan menewaskan The Citizens dalam tiga kejuaraan sebelum ini - Piala FA, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara memandang rendah keupayaan pelawat.

"Enam mata memisahkan kedua-dua pasukan, yang mana merupakan juga pesaing dalam kelompok empat terbaik, namun saingan pemburuan kejuaraan masih terbuka.

"Dalam tiga perlawanan terakhir, saya lihat 50-50 situasinya dalam perlawanan yang memerlukan sedikit tuah. Jadi situasi sama saya harap berdepan Manchester City.

"Manchester City merupakan ujian sebenar Chelsea dalam pemburuan kejuaraan liga yang memerlukan setiap pemain Chelsea berada pada tahap terbaik," ujar Tuchel.

Artikel Berkaitan: