Taman awam MBSJ dibuka mulai 1 Oktober depan

Gambar hiasan. - Foto123rf
Gambar hiasan. - Foto123rf
A
A
A

SUBANG JAYA - Taman awam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini akan dibuka kepada orang awam bermula 1 Oktober depan.

Pembukaan itu selaras peralihan Selangor kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 10 September lalu yang membenarkan aktiviti sukan dan riadah secara individu di kawasan terbuka.

MPSJ dalam kenyataan memaklumkan, taman-taman itu dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam dan penggunaan kemudahan alatan senaman serta permainan kanak-kanak dibenarkan.

"Maklumat mengenai penuh prosedur operasi standard (SOP) PPN boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) www.mkn.gov.my dan media sosial rasmi MBSJ," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Taman awam di bawah pentadbiran MBSJ sebelum ini ditutup kepada orang ramai bermula pada 1 Jun lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Artikel Berkaitan: