X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi

Lava mengalir menuruni bukit berikutan letusan gunung berapi di Pulau Canary La Palma. - Foto Reuters
A
A

LA PALMA - Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi malam tadi, sekali gus memaksa pengosongan ribuan penduduk pulau kecil La Palma di lautan Atlantik.

Tiga lagi perkampungan telah dikosongkan di pulau itu apabila letusan demi letusan menggegarkan kawasan sekitar gunung berapi tersebut, lapor Sputnik.

Akhbar Diario de Avisos dalam ciapannya menunjukkan rakaman video mengejutkan letusan dari puncak Cumbre Vieja yang menyebabkan gelombang kejut yang jelas terlihat pada kepulan asap dan abu.

Akhbar tersebut turut melaporkan letusan terbaharu ini telah mendorong pengosongan pekan Tacande de Abajo, Tacande de Arriba, dan Tajuya di perbandaran El Paso di barat laut gunung berapi tersebut.

Lohong baharu di lereng puncak yang meletus turut kelihatan memuntahkan kepulan asap dan abu.

La Palma merupakan antara pulau terkecil dan paling ke barat dalam kepulauan tujuh pulau Canary. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!