[VIDEO] 'Walaupun Austime, saya tetap nak bantu orang'

Muhammad Farid menghasilkan 200 biji roti kacang merah untuk golongan asnaf dan anak yatim merupakan satu penghormatan bagi dirinya.
Muhammad Farid menghasilkan 200 biji roti kacang merah untuk golongan asnaf dan anak yatim merupakan satu penghormatan bagi dirinya.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun mengalami gangguan spektrum autisme (ASD), namun ia bukan penghalang kepada Muhammad Farid Fakhruddin Md Fauzan menghasilkan roti dari air tangannya sendiri untuk disumbangkan kepada golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Remaja berusia 23 tahun ini tidak menjadikan austisme sebagai alasan untuk dia hidup sebagaimana remaja normal yang lain, termasuk dalam melakukan pelbagai aktiviti harian.

Menghasilkan 200 biji roti kacang merah untuk golongan asnaf dan anak yatim merupakan satu penghormatan bagi dirinya yang mula bergerak aktif dalam pembuatan kek dan roti sejak dua tahun lalu.

Malah, bekas penuntut Kolej Komuniti Selayang ini juga sentiasa bersemangat untuk menyiapkan tempahan daripada orang ramai terutamanya untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.

"Sejak pandemik Covid-19 melanda, saya tahu ramai tiada duit untuk makan dan sebagainya. Masa itu saya cipta roti ringkas iaitu roti seringgit untuk dijual kepada orang ramai. Walaupun saya Austime, tapi saya tetap nak bantu orang.

"Alhamdulilah sambutan amat mengalakkan dan semakin ramai yang membuat tempahan untuk saya agihkan kepada mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Farid sebelum itu hadir menyampaikan sumbangan 150 roti kacang merah kepada Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan di sini dan diterima oleh Pengerusi Kelab berkenaan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Farid (kiri) menerima hadiah kejutan dari Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan yang memberikannya sebuah pembakar roti.
Muhammad Farid (kiri) menerima hadiah kejutan dari Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan yang memberikannya sebuah pembakar roti.

Sebanyak 50 biji roti lagi disumbangkan kepada sebuah rumah anak yatim di sekitar Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Farid yang mempunyai jenama roti tersendiri iaitu Silarasa Dari Farid memberitahu, mengambil masa hampir sejam untuk menyiapkan roti berkenaan dengan bantuan ibu dan bapanya.

Malah dia mempelajari resipi pembuatan roti berkenaan dengan lima orang guru yang berpengalaman, namun telah melakukan sedikit pengubahsuaian rasa berdasarkan pilihan menu yang disediakan.

Antara roti yang dijual Farid ialah seperti roti kacang, roti manis, roti ayam serunding, roti sosej, 'blueberry cheese', roti sardin dan yang terbaharu adalah roti kari ayam.

Kesemua roti itu dijual dengan harga RM1 dan RM2 manakala untuk kek pula dia menyediakan kek buah berharga RM22.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Farid memberitahu, bercadang untuk membuka 'car boot sale' untuk roti seringgit yang diperkenalkannya.

"Selain itu, saya nak jumpa chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, memang sudah lama saya impikan dapat jumpa beliau. Saya mahu dapatkan pelbagai nasihat mengenai dunia masakan ini.

"Saya tahu saya tidak seperti orang lain, tapi saya tetap berpegang kepada satu dorongan sejak kecil, iaitu 'Austisme need support, not sympathy'. Kata-kata inilah menjadikan saya semakin hari semakin bersemangat menjalani kehidupan harian dengan keluarga," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, remaja tersebut turut bertuah kerana menerima hadiah kejutan dari Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan yang memberikannya sebuah pembakar roti sebagai tanda kenangan dan semangat untuk bergiat aktif lagi dalam bidang berkenaan selepas ini.