Maklumat, data MySejahtera sentiasa dilindungi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Keupayaan pihak luar menggodam sesawang MySejahtera dilihat sukar berdasarkan ciri keselamatan yang terdapat pada sistem aplikasi tersebut.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Teknologi dan Pengurusan Perisian (SOFTAM) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Amirah Ismail berkata, data yang disimpan menerusi aplikasi MySejahtera adalah selamat dan menjadi milik penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, data peribadi orang ramai di KKM itu dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, biarpun terdapat kebimbangan orang ramai berhubung kemungkinan berlaku kebocoran data peribadi pengguna selain digodam untuk tujuan menukar status sijil vaksin digital, namun perkara tersebut dilihat agak sukar dilakukan.

Malah, jelasnya, semua data yang ada pada KKM adalah selamat kerana ia diuruskan menggunakan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Perubatan 1971.

“Kerajaan juga sentiasa memberi jaminan bahawa isu keselamatan data peribadi MySejahtera adalah dilindungi, namun masih diperdebatkan di alam maya yang ternyata menimbulkan situasi yang kurang sihat dan menggusarkan orang ramai di dalam media sosial,” katanya kepada Kru Rasuah Busters.

Artikel Berkaitan: