KBS tangguh kehadiran penonton ke stadium

Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara. Gambar hiasan
Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan pada Jumaat malam memaklumkan bahawa penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut KBS.

Menurut kenyataan itu, KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.

Sebelum ini, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berharap agar kerajaan membenarkan penyokong ke stadium bagi saingan Piala Malaysia musim ini yang memasuki ulang tahun ke-100. - Bernama

Artikel Berkaitan: