Operasi PPV bergerak di Pasar Sentral Sibu tamat 22 Oktober ini

PICK di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Pejabat Kesihatan di Pasar Sentral Sibu akan ditamatkan operasinya pada 22 Oktober ini.(Gambar hiasan) - Foto 123RF
PICK di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Pejabat Kesihatan di Pasar Sentral Sibu akan ditamatkan operasinya pada 22 Oktober ini.(Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

SIBU - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Pejabat Kesihatan di Pasar Sentral Sibu akan ditamatkan operasinya pada 22 Oktober ini.

Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Sibu dalam satu kenyataan petang Jumaat memaklumkan operasi di PPV berkenaan akan ditamatkan secara berperingkat dan ia hanya memberikan suntikan dos pertama hingga 30 September.

PPV itu akan memberikan suntikan dos kedua antara 1 dan 21 Oktober sebelum ditutup sepenuhnya pada 22 Oktober nanti.

“Individu yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 atau sudah mempunyai janji temu suntikan dos kedua (selepas 21 Oktober) bolehlah datang ke Klinik Kesihatan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya untuk mendapatkan suntikan vaksin mereka,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan diminta menelefon atau menghantar pesanan WhatsApp ke hotline PPV di talian 019-8159608 atau CITF Bahagian Sibu di talian 016-7154991. - Bernama

Artikel Berkaitan: