Lorong laluan Bandar Tasik Selatan, Jalan Kuching ditutup: DBKL

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lorong dan laluan kontra di laluan berhampiran Bandar Tasik Selatan dan Terminal Bersepadu Selatan (kedua-dua arah) akan ditutup bagi memudahkan pelaksanaan kerja pembinaan ‘crosshead’ dan tiang portal di sebahagian Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan lencongan dan laluan kontra mula diaktifkan di kawasan berkenaan bermula 11 September lepas hingga 10 Disember ini bagi Fasa 1 dan pada 11 Disember hingga 10 Mac 2022 bagi fasa dua.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web pihak konsesi Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) – PROLINTAS di www.mysuke.com.my, akaun twitter @mySUKEofficial atau Talian Hotline 24 jam PROLINTAS di 1 300 88 99 22.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan DBKL juga memaklumkan gangguan aliran trafik di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut di sini berikutan penutupan jalan di kedua hala mulai 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 22 Oktober.

Ia bagi membolehkan kerja penggantian penyangga jalan di lokasi berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: