X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Lima gelaja Covid-19 berpanjangan dikenal pasti

Khairy ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima gejala utama Covid-19 berpanjangan (long Covid-19) yang dihadapi bekas pesakit Covid-19 selepas mereka pulih.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan sesuatu aktiviti, batuk dan sukar tidur.

Beliau berkata, dari segi klinikal juga, terdapat kesan di paru-paru bekas pesakit Covid-19.

"Terdapat kes-kes yang hadir semula ke hospital setelah discaj dan dirawat berdasarkan simptom dan gejala Covid-19 berpanjangan.

"Walau bagaimanapun, tiada peningkatan yang ketara bagi kemasukan semula ke unit rawatan rapi (ICU) di kalangan pesakit long Covid-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Beliau berkata, KKM menyediakan inisiatif 3R iaitu Recognition, Rehabilitation dan Research yang seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kementerian juga sedang menjalankan dua kajian berhubung gejala Covid-19 berpanjangan yang dihadapi bekas pesakit.

"Kajian tersebut adalah Assessment of 90-Day Return to Hospital Among Covid-19 Patients dan Long Covid: Characterization and Prediction from C-19 Rehab Outpatient Specialised Services (CROSS) database in a designated Covid-19 hospital in Malaysia," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!