KJ gesa PBB, WHO campur tangan isu diskriminasi vaksin

Khairy bercakap pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Khairy bercakap pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya campur tangan dalam isu diskriminasi terhadap jenis-jenis vaksin digunakan di Malaysia.

Beliau berkata, sesetengah negara menetapkan bahawa hanya individu yang menerima vaksin tertentu diberikan pengecualian daripada melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas, menjalani kuarantin setelah tiba di negara berkenaan dan sebagainya.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana penting untuk faham bahawa vaksin melindungi individu daripada risiko mendapat jangkitan lebih teruk serta mengurangkan gejala-gejala penyakit.

"Keputusan samada kemudahan atau kelonggaran yang hendak diberikan kepada pengembara dari luar negara mestilah dibuat berdasarkan kawalan dan pencegahan penyakit serta tindakan kesihatan awam di negara tersebut bukannya berdasarkan jenis vaksin," kata beliau dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Tambah Khairy, tahap perlindungan imuniti akan terkesan dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan lebih tinggi.

Dalam pada itu, Khairy berkata, tidak ada isu melibatkan pembaziran vaksin di negara ini sebaliknya kerajaan menggunakan bekalan stok vaksin yang masih ada sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: