Pengasuh disyaki hempas bayi ke lantai ditahan

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Seorang pengasuh ditahan kerana disyaki bertindak menghempas bayi berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada 22 September selepas bapa bayi malang itu menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sebelum dihubungi pada hari sama memaklumkan bayinya terjatuh dari baby walker.

Menurutnya, bapa mangsa mendapati terdapat kesan bengkak pada bahagian kepala bayi berkenaan dan apabila ditanya, suspek mendakwa mangsa terjatuh ketika didukung.

"Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permasuri Bainun dan didapati mengalami pendarahan di kepala serta tempurung kepala mangsa juga retak.

"Berdasarkan maklumat awal suspek dikatakan telah menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah setelah bayi itu menangis tidak berhenti.

Suspek berhenti melakukan perbuatan tersebut setelah menyedari mangsa mula tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mior Faridalathrash berkata, pihak polis telah menahan suspek wanita warga tempatan berumur 22 tahun yang merupakan pengasuh kepada bayi berkenaan.

Menurutnya, kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Artikel Berkaitan: