X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Rancang masa sesuai perbaharui LKM, LMM: JPJ

A
A

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan tidak menunggu saat akhir sebaliknya merancang masa yang sesuai untuk hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan serta Lesen Memandu Malaysia (LMM)

JPJ dalam satu kenyataan berkata, saranan tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong memandangkan kedua-dua urusan pembaharuan itu perlu dilakukan orang ramai sebelum tempoh moratorium tamat pada 31 Disember ini.

“Melalui semakan data yang telah dikemukakan oleh pihak JPJ, sehingga 23 September lalu, dianggarkan sebanyak 2,458,324 ‘backlog’ bagi urusan LKM yang merangkumi kenderaan persendirian dan perdagangan.

“Bagi urusan pembaharuan LMM pula, dianggarkan sebanyak 2,672,000 'backlog'.

“Justeru, Timbalan Menteri Pengangkutan menyarankan seluruh rakyat di negara ini, supaya tidak menunggu di saat akhir, sebaliknya merancang masa yang sesuai untuk hadir ke kaunter JPJ di seluruh negara, bagi tujuan pembaharuan dokumen-dokumen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, orang ramai juga digalakkan mengguna saluran secara dalam talian bagi melakukan transaksi JPJ, iaitu melalui ID Awam MySikap atau MyeG untuk tujuan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu,

Selain itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui rakan strategik JPJ iaitu Pejabat Pos Malaysia dan Puspakom sepanjang tempoh moratorium sehingga 31 Disember ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!