300 guru di Selangor belum terima vaksin Covid-19

Anismah (dua dari kanan) mengiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kiri) menyampaikan penghargaan penghargaan kepada wakil wira guru pada Majlis Pelancaran Prestij Pembelajaran 2021 sektor pelajaran PPD Kuala Selangor di PPD Kuala Selangor di sini pada Jumaat.
Anismah (dua dari kanan) mengiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kiri) menyampaikan penghargaan penghargaan kepada wakil wira guru pada Majlis Pelancaran Prestij Pembelajaran 2021 sektor pelajaran PPD Kuala Selangor di PPD Kuala Selangor di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengenal pasti kira-kira 300 guru belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Anismah M Noh berkata, jumlah itu hanya membabitkan 0.7 peratus sahaja daripada 61,000 yang berkhidmat di negeri ini.

"Guru yang belum mengambil vaksin di Selangor sangat rendah dan mereka memberikan pelbagai alasan peribadi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Prestij Pembelajaran 2021 sektor pelajaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor di PPD Kuala Selangor di sini pada Jumaat.

Anismah turut menasihatkan guru terbabit mengambil vaksin segera dengan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan datang secara terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat sebelum sesi persekolahan dibuka pada 4 Oktober depan.

Katanya, pengambilan vaksin itu penting bagi memastikan mereka dapat mengajar secara bersemuka.

"Di JPN Selangor ketetapannya sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu guru belum vaksin dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa tetapi tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas.

"Bagaimanapun, mereka yang belum divaksin digalakkan mengajar murid secara dalam talian kerana kita bimbang sekiranya interaksi secara bersemuka boleh mendatangkan kesan atau jangkitan," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menggunakan pelbagai pendekatan termasuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi menasihati dan membimbing guru supaya mengambil vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Kita melaksanakan pelbagai program mendekati golongan ini menerusi kaedah nasihat kerana bukan sahaja menjaga diri tetapi masyarakat sekeliling dan orang-orang yang kita sayangi," katanya.