Lelaki ditahan bersama 80 ketulan ganja

Nik Ros Azhan (dua,kiri) bersama pegawai penyiasat dan anggota peronda lebuh raya pada sidang media yang diadakan hari ini.
Nik Ros Azhan (dua,kiri) bersama pegawai penyiasat dan anggota peronda lebuh raya pada sidang media yang diadakan hari ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM- Seorang lelaki ditahan bersama 80 ketulan mampat daun kering yang dipercayai ganja dalam satu pemeriksaan di Kilometer 137.5 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Jambatan Pulau Pinang di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pasukan polis peronda lebuh raya mengesan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika ditahan lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan khayal dipercayai dibawah pengaruh dadah.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan di dalam kereta terbabit menemui tiga buah kotak yang mengandungi ketulan ganja berkenaan ditempat duduk belakang dan dua kotak lagi di bahagian ruang menyimpan barang.

"Semakan yang dilakukan mendapati lelaki berusia 42 tahun itu mempunyai lima rekod kesalahan lampau bersabit dengan kes dadah malah ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati dia positif dadah jenis morphine.

"Kita percaya dadah berkenaan dibawa masuk untuk pasaran sekitar negeri ini dan kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM196,250" katanya pada sidang media di sini tadi.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya sedang menyiasat daripada mana suspek mendapatkan bekalan dadah berkenaan.

Katanya, lelaki itu kini direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan.

Artikel Berkaitan: