X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM35.88 bilion daripada RM36.79 bilion pagi ini, sementara bagi dana Islam, mudah tunai turun kepada RM18.89 bilion daripada RM25.51 bilion sebelumnya.

Awal Jumaat, BNM menerbitkan tiga tender pasaran wang konvensional, tender Program Murabahah Komoditi dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA).

Pada jam 4 petang, bank pusat mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM18.9 bilion, keduanya untuk wang tiga hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.77 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!