Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena terjejas Covid-19 dibantu

Hariff (tengah) menerima sumbangan pasar raya Econsave yang disampaikan oleh Zamzuri (dua kanan) di pekarangan Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena baru-baru ini. - Foto Econsave
Hariff (tengah) menerima sumbangan pasar raya Econsave yang disampaikan oleh Zamzuri (dua kanan) di pekarangan Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena baru-baru ini. - Foto Econsave
A
A
A

POKOK SENA - Pasar raya Econsave Cawangan Pokok Sena tampil membantu menyerahkan barangan keperluan kepada Pusat Kuarantin Rumah Kanak-kanak Pokok Sena yang terjejas akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini.

Pengurus Besar Econsave Zon Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan bertujuan membantu penghuni dan petugas di pusat kuarantin tersebut selepas ada penghuni yang disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

Menurutnya, seramai 36 orang kanak-kanak lelaki dan 40 orang petugas terjejas dan pihaknya berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dihadapi mereka.

"Pihak kami hadir untuk memberikan sumbangan selepas menerima panggilan daripada Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena berhubung perkara ini.

"Kami melalui pasar raya Econsave Cawangan Pokok Sena menyerahkan sumbangan bakul makanan dan keperluan asas bernilai RM1,000. Turut hadir Pengurus Pasar raya Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan," katanya kepada Sinar Harian.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengetua Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena, Hariff Abu Hassan di pekarangan pusat perlindungan tersebut

Artikel Berkaitan: