X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

MAB Academy, AATA bekerjasama lahirkan juruterbang

A
A

MAB Academy, pusat penerbangan dan hospitaliti sehenti di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), bekerjasama dengan Akademi Latihan Aeronautik Asia (AATA) untuk menghasilkan juruterbang terlatih sejajar dengan jangkaan pemulihan penerbangan daripada Covid-19.

Akademi tersebut dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, MAB Academy secara rasmi akan menjadi salah satu panel penasihat industri AATA dalam menasihati akademi penerbangan yang berpangkalan di Johor itu mengenai kesesuaian kurikulum latihannya dengan keperluan industri.

"Kerjasama ini juga akan membolehkan kedua-dua pihak untuk meningkatkan kualiti latihan juruterbang semasa," kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Bhd, Ahmad Luqman Mohd berkata, kerjasama ini memperkukuhkan aspirasi kumpulan untuk menjadi pusat penerbangan dan hospitaliti kecemerlangan global yang akan memberi perkhidmatan kepada syarikat penerbangan serta industri berkaitan hospitaliti lain.

"Kami bersyukur dapat berkolaborasi dengan AATA dalam membangunkan sebuah pusat sehenti untuk industri penerbangan serantau, dalam mendukung pengembangan agenda penerbangan nasional," katanya.

AATA adalah organisasi latihan penerbangan yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Di bawah perkongsian itu, AATA juga akan menyokong MAB Academy sebagai salah satu pusat pengambilannya.

"Pengiktirafan yang diberikan kepada akademi ini akan membolehkan pelajar yang lulus daripada AATA untuk mendapat peluang bekerja dengan syarikat sekutu MAB Academy di berada di bawah naungan MAG," katanya lagi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!