Ronaldo pandu Bentley RM1.04 juta ke sesi latihan

Ronaldo memandu kereta Bentley baharunya ke sesi latihan.
Ronaldo memandu kereta Bentley baharunya ke sesi latihan.
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo diangkat oleh Forbes sebagai pemain bola sepak meraih pendapatan tertinggi tahun ini dengan nilai 91.5 juta pound (RM523.30 juta), baru-baru ini.

Maka tidak hairanlah dengan pendapatan sebanyak itu, Ronaldo menikmati kehidupan penuh mewah dan glamor termasuk ketika hadir ke pusat latihan United.

Memetik laporan The Sun, pemain berusia 36 tahun itu dilihat memandu kereta Bentley baharu bernilai £250,000 (RM1.4juta) ke latihan pasukan itu di Carrington sambil diiringi dua pengawal peribadinya.

Kereta terbaharu Ronaldo itu juga dikatakan menambah koleksi kenderaannya dengan jumlah keseluruhan kereta mewah miliknya dianggar melebihi nilai 17 juta pound (RM 97.5 juta).

Beberapa koleksi kereta mewah Ronaldo yang memiliki harga lebih tinggi berbanding Bentley tersebut adalah Ferarri Monza bernilai 1.4 juta pound (RM5.8juta), Bugatti Chiron berharga 2.15 juta pound (RM8.7 juta) serta Bugatti Veyron Grand Sport yang dianggarkan bernilai 1.7 juta pound (RM7.1 juta).

Artikel Berkaitan: