X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Singapura catat kes harian Covid-19 tertinggi 1,504 kes

Sehingga tengah hari Khamis, jumlah keseluruhan kes adalah 82,860 dengan 10,379 kes aktif. - Foto fail Reuters
A
A

SINGAPURA - Singapura melaporkan sejumlah 1,504 kes baharu Covid-19 pada Khamis (23 September), tertinggi sejak virus itu dikesan tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, daripada jumlah tersebut, 1,218 kes adalah jangkitan tempatan, 273 di asrama pekerja migran dan 13 kes import.

Dalam kemas kini data hariannya, kementerian memaklumkan 1,120 pesakit dirawat di hospital dengan 163 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen dan 23 kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Republik itu juga melaporkan dua kematian melibatkan wanita warga emas Singapura yang belum divaksin, menjadikan jumlah kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19 bertambah kepada 70 orang.

Sepanjang 28 hari lalu, menurut kementerian daripada 15,791 individu yang dijangkiti, 97.9 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan, 1.8 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus dirawat di pusat rawatan rapi (ICU) dan 0.1 peratus meninggal dunia.

Sehingga tengah hari Khamis, jumlah keseluruhan kes adalah 82,860 dengan 10,379 kes aktif.

Sebanyak 82 peratus penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 setakat 22 September, dengan 84 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!