Maritim Terengganu lupus 119 bot asing jadi tukun tiruan

Sebuah bot asing yang ditenggelamkan di Pulau Redang, Besut untuk dijadikan tukun tiruan. - Foto ihsan Maritim Malaysia Terengganu (Gambar kecil: Muhammad Suffi)
Sebuah bot asing yang ditenggelamkan di Pulau Redang, Besut untuk dijadikan tukun tiruan. - Foto ihsan Maritim Malaysia Terengganu (Gambar kecil: Muhammad Suffi)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah melupuskan sebanyak 119 bot milik nelayan asing bernilai lebih RM179 juta sejak 2010 sehingga kini.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot di pantai timur yang disita dilupus secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar pulau dekat Kelantan dan Terengganu.

"Kawasan tukun tiruan memberi satu kesan jangka panjang sebagai satu habitat baharu untuk ekosistem marin, selain menjadi peranti pemuliharaan biodiversiti marin serta tempat perlindungan dan sumber makanan kepada hidupan laut.

"Tukun tiruan ini sebahagian sumbangan Maritim Malaysia kepada perairan negara apabila bot yang dirampas ditenggelamkan untuk dijadikan tukun sebagai tarikan di kawasan taman-taman laut di pantai timur Semenanjung bagi merancakkan lagi sektor pelancongan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, antara lokasi yang menjadi pilihan bot nelayan asing dilupuskan dan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan ialah di sekitar Pulau Redang iaitu sebanyak enam bot, perairan Pulau Bidong (dua), perairan Batu Burok (enam), perairan Kuala Nerus (empat), Pulau Kapas (tiga) dan Pulau Susu Dara di Kelantan (13 bot).

Muhammad Suffi berkata, majoriti jumlah bot nelayan asing dari Vietnam yang dilupuskan dan dilucut hak itu ditahan atas kesalahan menceroboh serta melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran di perairan negara sejak 2019 sehingga September tahun ini.

Artikel Berkaitan: