Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM20.0 bilion.
BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM20.0 bilion.
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.79 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.51 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengendalikan tiga tender pasaran wang konvensional, masing-masing terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion bertempoh tujuh, 14 dan 21 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM4 bilion selama lima hingga 31 hari, dan tender Program Murabahah Komoditi sebanyak RM500 juta selama 61 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM20.0 bilion. -Bernama

Artikel Berkaitan: