Bekalan air Shah Alam dijangka pulih tengah hari ini

Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan Seksyen 23 Shah Alam siap jam 6 pagi tadi.
Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan Seksyen 23 Shah Alam siap jam 6 pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di sini telah siap dilaksanakan pada jam 6 pagi pada Jumaat.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebook miliknya memaklumkan, bekalan air di enam kawasan yang mengalami gangguan air tidak berjadual telah disalurkan secara berperingkat bermula jam 6.15 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza daripada satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bekalan air di semua lokasi terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini," kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, pengguna terlibat disarankan membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Tambah kenyataan itu, pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pada Khamis, Air Selangor memakluman enam lokasi di Shah Alam iaitu Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 terlibat gangguan air disebabkan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23.

Artikel Berkaitan: