X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Bursa Malaysia catat peningkatan ketika dibuka pagi ini

Gambar hiasan
A
A

DAGANGAN di Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika dibuka pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.54 mata kepada 1,539.88, daripada penutupan petang urus niaga Khamis pada 1,539.34.

Indeks utama dibuka 3.06 mata lebih tinggi pada 1,542.40.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 234 berbalas 133 manakala 287 kaunter tidak berubah, 1,658 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 267.36 juta unit bernilai RM128.30 juta.

Dalam catatan penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekuiti Malaysia akan menyaksikan kenaikan, didorong oleh aktiviti membeli saham ketika berharga murah yang berterusan dengan indeks utama kini telah mencapai kestabilan pada tahap semasa.

Ia menambah kejelasan lebih lanjut mengenai hala tuju dasar fiskal Amerika Syarikat dan pasaran China yang lebih tenang akan membantu memberikan beberapa kestabilan selepas berlakunya kemudahruapan dalam beberapa minggu sebelum ini.

Sementara itu, firma penyelidikan berkenaan berpendapat sektor tema pemulihan akan tetap menjadi fokus utama dengan kadar vaksinasi penduduk dewasa seluruh negara kini melebihi tahap 80 peratus.

"Sektor pembinaan dijangka menjadi perhatian kerana aktiviti pembinaan semakin meningkat, sementara sektor teknologi akan diniagakan lebih tinggi, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Nasdaq,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, IHH Healthcare naik enam sen kepada RM6.70, TNB bertambah tiga sen kepada RM10.02, Press Metal lebih tinggi sebanyak tiga sen kepada RM5.73, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM4.06 dan RM8.08, sementara Maybank menyusut dua sen kepada RM8.13 dan CIMB turun satu sen kepada RM4.86.

Bagi saham aktif, Tanco naik setengah sen kepada 25 sen, AirAsia meningkat tiga sen kepada RM1.03, Avillion menokok satu sen kepada 15 sen, Sapura Energy tidak berubah pada 11.5 sen dan Dagang Nexchange lega 1.5 sen kepada 81.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 12.55 mata kepada 11,317.38, Indeks FBMT 100 naik 7.18 mata kepada 11,011.71, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 18.05 mata kepada 12,331.58, FBM 70 meningkat 22.71 mata pada 14,994.81 dan FBM ACE menokok 58.37 mata kepada 7,179.91.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi sebanyak 0.51 mata kepada 200.36, Indeks Perladangan merosot 11.35 mata kepada 6,335.58 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 6.32 mata kepada 15,265.04. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!