Pergerakan antara daerah dibenarkan di Pahang

Sekatan jalan raya antara daerah ditamatkan jam 12 tengah malam tadi. (Gambar kecil: Ramli)
Sekatan jalan raya antara daerah ditamatkan jam 12 tengah malam tadi. (Gambar kecil: Ramli)
A
A
A

KUANTAN - Pergerakan antara daerah di Pahang dibenarkan selepas negeri ini beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Jumaat.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sekatan jalan raya (SJR) antara daerah telah ditamatkan pada jam 12 tengah malam.

"Justeru, adalah diharapkan agar masyarakat di Pahang sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menjelaskan usaha dan tanggungjawab bersama mampu mencegah penularan pandemik Covid-19 daripada terus berleluasa.

Artikel Berkaitan: