Jalan lencongan ke Cameron Highlands dibuka hari ini

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan JKR mengenai pembukaan jalan lencongan di lokasi kejadian jalan runtuh Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley mulai 8 pagi pada Jumaat.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan JKR mengenai pembukaan jalan lencongan di lokasi kejadian jalan runtuh Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley mulai 8 pagi pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuka jalan lencongan di lokasi kejadian jalan runtuh di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley mulai 8 pagi pada Jumaat.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata, bagaimanapun laluan tersebut hanya dibuka kepada kenderaan ringan yang berat kurang dari lima tan.

Menurutnya, pembukaan jalan lencongan sepanjang 450 meter itu tidak boleh dilalui kenderaan berat.

"Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi pandu arah lencongan melalui jalan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Kenderaan berat pula dinasihatkan menggunakan laluan alternatif FT96 Jalan Tapah-Cameron Highlands sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, JKR memaklumkan, kerja-kerja kawalan dan pembaikan cerun runtuh sedang giat dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya pada masa hadapan.

Pada 18 September lalu, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku jalan runtuh akibat kegagalan cerun.

JKR Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuatkuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup