X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Polis siasat video, mesej lucah didakwa babitkan pendakwah terkenal

Abd Jalil
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan).

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Abd Jalil berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan," katanya.

Abd Jalil memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-2266 6071.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!