440,200 benih ikan dilepas serentak seluruh Terengganu

Aktiviti pelepaskan benih ikan di seluruh Terengganu melibatkan 440,200 ekor ikan pelbagai spesies termasuk udang galah.
Aktiviti pelepaskan benih ikan di seluruh Terengganu melibatkan 440,200 ekor ikan pelbagai spesies termasuk udang galah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 273 nelayan darat di seluruh Terengganu dijangka mendapat manfaat hasil pelepasan 440,200 benih ikan air tawar secara serentak di seluruh negeri tersebut pada Khamis.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, antara spesies ikan air tawar yang dilepaskan ialah baung, lampan, siakap serta udang galah.

"Aktiviti dijalankan ini merupakan inisiatif sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021. Pelepasan benih ikan dan udang tersebut bertujuan meningkatkan bekalan ikan di perairan umum sekali gus memberi manfaat kepada 273 nelayan darat di seluruh negeri.

"Anggaran kos keseluruhan program pelepasan benih ikan ini membabitkan RM141,800," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Azman, pelepasan benih ikan tertinggi membabitkan daerah Hulu Terengganu iaitu sebanyak 230,000 benih udang galah dan lampam dalam Sungai Leban di Tasik Kenyir dan Sungai Tersat (22,550 benih ikan).

Katanya, sebanyak 42,750 benih ikan dilepaskan di Sungai Dungun; Setiu dan Kuala Terengganu masing-masing 22,500 benih; Marang (21,000), Kuala Nerus (21,500), Kemaman (20,500) dan Besut (14,600).

Azman berkata, lagi sebanyak 40 unit unjam turut dilabuhkan di Kampung Sura, Dungun untuk memberi manfaat kepada 20 nelayan di samping menyerahkan sebanyak 109 lesen sampan khas kepada penerima di daerah berkenaan.

"Kami juga menyampaikan bantuan one-off Covid-19 kepada empat penerima termasuk nelayan, penternak dan usahawan di Dungun," katanya.

Artikel Berkaitan: