Polis siasat lelaki 'dine-in' belum cukup dua dos vaksin

Shafien Mamat
Shafien Mamat
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang individu diminta memberi keterangan berhubung tindakannya yang dipercayai 'dine-in' di sebuah restoran walaupun masih belum menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Sebelum itu, seorang lelaki yang menggunakan akaun Twitter memaparkan satu tangkap layar mengenai tindakan individu berkenaan dengan ciapan, "tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga..Gumonim..semua".

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bertindak atas maklumat, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Kami telah mengesan pemilik akaun Facebook terbabit dan individu berkenaan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269/506 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan: