X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Tiga lokaliti di Pahang, Sabah kena PKPD

A
A

SHAH ALAM - Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa Sabtu sehingga 8 Oktober depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Pahang melibatkan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands dan PASDEC Damansara, Kuantan.

“Manakala satu kawasan di Sabah adalah di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Terengganu pada Jumaat.

Menurutnya, ia membabitkan satu lokaliti di Pahang iaitu Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

“Lima lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau; Sekolah Henry Gurney, Keningau; Taman Sungai Labuk, Beluran serta Kampung Timug, Matunggong, Kudat.

“Selain itu, tujuh kawasan ditamatkan PKPD di Paka, Terengganu adalah di Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!