X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Pantau lebih ketat aktiviti kuari, elak pencemaran Sungai Tupah

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan menjalankan pemantauan yang lebih ketat bagi memastikan air daripada aktiviti kuari tidak dilepaskan ke Sungai Tupah dan menyebabkan pencemaran.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta agensi berkaitan telah mengadakan pemeriksaan di kawasan terbabit pada 23 Ogos lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedudukan kuari terbabit berada selepas Loji Rawatan Air Tupah dan air yang mengalir dari Gunung Jerai terus ke loji berkenaan sebelum mengalir ke sungai.

"Di kawasan Tupah terdapat dua permit kuari iaitu Bestagold Resources Sdn Bhd yang aktif beroperasi sehingga kini dan satu permit kuari tanah merah yang telah berhenti operasi pada April lalu.

"Kuari Bestagold masih lagi mempunyai permit melombong sehingga 24 Februari tahun depan," katanya ketika ucapan penggulungan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis berkaitan isu kuari Tupah penyebab air Sungai Tupah berkarat.

Menurutnya, dalam kuari Bestagold juga mempunyai kolam-kolam yang memproses semula air-air dari kuari.

"Walau bagaimanapun, pemantauan yang lebih ketat akan dijalankan bagi memastikan air dari kuari tidak dilepaskan ke Sungai Tupah dan menyebabkan pencemaran," katanya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!