Kes Covid-19 di India meningkat kepada 33,563,421

Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 33,563,421 pada Khamis berikutan 31,923 kes baharu didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 33,563,421 pada Khamis berikutan 31,923 kes baharu didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 33,563,421 pada Khamis berikutan 31,923 kes baharu didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, menurut data terkini kementerian kesihatan persekutuan.

Sebanyak 282 kematian dicatatkan sejak pagi Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kepada 446,050 dengan sebilangan besar kes dan kematian baharu dilaporkan di Kerala.

Masih terdapat 301,640 kes aktif di negara ini meskipun terdapat penurunan sebanyak 349 kes aktif sepanjang 24 jam lalu.

Jumlah kes aktif adalah yang terendah dalam tempoh 187 hari. Terkini sejumlah 32,815,731 orang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan: