Vaksinasi: Walk-in hanya untuk remaja tidak bersekolah

Pendekatan walk-in bagi pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja hanya melibatkan individu yang tidak bersekolah, sedang belajar di IPT dan bersekolah di rumah. Foto hiasan
Pendekatan walk-in bagi pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja hanya melibatkan individu yang tidak bersekolah, sedang belajar di IPT dan bersekolah di rumah. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendekatan walk-in bagi pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja hanya melibatkan individu yang tidak bersekolah, sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bersekolah di rumah.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ibu bapa tidak perlu bergegas membawa anak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlebih awal.

"Ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kaedah vaksinasi berjadual dilakukan bagi mengelak berlakunya kluster jangkitan Covid-19.

"Bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan harian, janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera di mana remaja akan divaksinkan di sekolah atau PPV berdekatan tempat tinggal mereka," katanya.

Dr Noor Azmi berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan vaksin untuk remaja adalah mencukupi.

"Kesemua remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan diberi vaksinasi sama ada di PPV atau sekolah," katanya.

Artikel Berkaitan: